Skip to main content

Pendaftaran kini bermula untuk 500 wakil sekolah bagi menyertai dan mewakili sekolah masing-masing untuk Bukan Soal Kurus edisi sekolah yang akan melalui fasa pertama selari dengan program Bukan Soal Kurus musim ke3 bermula 3 July sehingga 28 August 2021 ini.

Train of Trainer Bersama Kevin Zahri

Jadi bagi menjayakan initiatif fasa pertama BSK Sekolah ini, kami ingin menjemput 500 wakil sekolah (cikgu, PIBG, pentadbir etc) untuk daftar di sini dan wakili sekolah masing-masing. Setiap wakil sekolah akan melalui train or trainer sepanjang bulan Jun ini secara virtual bersama Kevin Zahri bagi melengkapkan persiapan anda untuk memimpin sekolah anda sepanjang program BSK 8-minggu itu nanti.

Setiap wakil sekolah terpilih anda memperolehi:

Kenapa cuma 500 sekolah?

Oleh disebabkan ini adalah fasa pertama dalam menerapkan inisiatif BSK Sekolah melibatkan ribuan sekolah seluruh Malaysia, kami akan bermula dengan 500 wakil sekolah terlebih dahulu. Untuk musim-musim BSK yang akan datang, kami akan melebarkan pendaftaran buat ribuan sekolah lain.

Pemilihan dan pengesahan sekolah dilakukun sebelum 27 Mei 2021 dan diumumkan melalui email dan laman web ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila email kami di jom@bukansoalkurus.com atau Syanis +60 12-689 3609.

Leave a Reply