Skip to main content

Sering diejek orang sekeliling terutama rakan-rakan membuatkan Bob atau nama sebenarnya Muhammad Zarif bin Mohd Zaini untuk tekad kurus bagi meningkatkan staminanya.

Dia yang berusia 24 tahun bekerja sebagai barber dan penjual burger sering menghadapi masalah fizikal apabila terpaksa berdiri terlalu lama.

Bermula Oktober tahun lalu, Bob mula mengawal pemakanannya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai Program Bukan Soal Kurus (BSK) bersama Kevin Zahri menerusi Instagram Kevin Zahri.

Dia memberanikan diri untuk mencuba program itu pada awal November 2020 yang berlangsung selama lapan minggu iaitu sehingga Januari tahun ini.

“NAK KURUS MESTI ADA ILMU”

Perjalanan untuk turun 45kg dalam tempoh lima bulan bukanlah perkara mudah jika dilakukan tanpa ilmu dan bimbingan daripada individu yang berpengalaman.

Oleh itu, Bob merasakan penyertaan dalam BSK merupakan satu langkah yang tepat apabila BSK bukan sahaja memberikan ilmu tentang nutrisi pemakanan malah turut mencadangkan senaman-senaman yang terbaik mengikut kesesuaian pengamalnya.

“Ketika awal penglibatan dalam Program BSK, saya menitikberatkan disiplin dalam penjagaan makanan seperti defisit kalori di samping senaman yang bersesuaian dengan tubuh saya.

“Keadaan fizikal saya dengan berat 160kg ketika itu bukan sahaja menghadkan pergerakan untuk bersenam malah turut menyukarkan saya melakukan amal ibadah yang lain. Jadi saya melakukan ‘brisk walk’ di atas trademile,” katanya.

BANGKIT DENGAN ILMU APABILA ‘DOWN’

Bob tidak menafikan sepanjang perjalanan untuk kurus bukanlah perkara mudah terutama dia sendiri tidak pernah kurus sepanjang berusia 24 tahun malah setiap tahun dia memasang azam untuk kurus tetapi tidak pernah berhasil.

Justeru, adalah amat penting mempunyai ilmu dalam penurunan berat badan bagi memastikan kita dapat bangkit semula tanpa rasa putus asa.

“Saya pernah juga give-up ketika proses penurunan berat, namun berusaha untuk bangkit semula dengan ilmu yang diperoleh daripada perkongsian oleh Kevin Zahri sendiri,” katanya.

KONSISTEN AMAL ILMU SELEPAS TAMAT PROGRAM BSK

Bob masih terus komited mengamalkan setiap ilmu dan perkongsian tips sepanjang penyertaannya dalam Program BSK meskipun selepas lapan minggu program tersebut berlangsung.

Dia tetap mengamalkan pemakanan sihat di samping bersenam mengikut kemampuan tubuhnya.

“Sebelum ini, saya pergi ke gymnasium setiap empat hari dan selebihnya saya melakukan aktiviti riadah kegemaran seperti badminton dan melakukan senaman ringan di rumah,” katanya.

Bob yang telah mencapai berat 115kg selepas lima bulan, kini masih lagi meneruskan amalan pemakan sihat dan mensasarkan penurunan sebanyak 30kg lagi menjelang November tahun ini.

Malah, Bob juga teruja apabila saiz pakaiannya susut daripada 5XL kepada 2XL atau 3XL.

Malah rakan-rakan dan kenalan yang pernah mengejeknya juga terkejut dengan perubahan fizikal Bob yang lebih ‘fit’ dan sihat berbanding sebelum ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kevin Zahri yang mewujudkan Program BSK kerana dapat memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya untuk turun berat secara sihat dan ‘fit’,” katanya.

Beliau turut menasihati mereka di luar sana untuk mencari dan mempelajari teknik kurus yang bersesuaian dengan diri sendiri dan jangan ikut orang tanpa ilmu selain memperkuatkan mental dan fizikal serta memasang azam dan target yang jelas.

TIPS KURUS SIHAT CARA BOB

Tetapkan matlamat yang jelas

Jangan diet ikut orang, pastikan sesuai dengan tubuh masing-masing kerana setiap daripada kita semua adalah berbeza

Dapatkan ilmu dan panduan daripada mereka yang bertauliah dan betul

Kuatkan azam dan mental

JADILAH DIRI SENDIRI!

MUHAMMAD ZARIF BIN MOHD ZAINI
Umur: 24 tahun
Tinggi: 175cm
Berat asal: 160kg
Berat sekarang: 115kg
Pencapaian: (45kg)
Kerjaya: Peniaga Burger dan Barber
Instagram: zarif_zaini
Facebook: Zarif Zaini

Leave a Reply