10 FAQ Bukan Soal Kurus

Salam kurus and hi,

Kevin Zahri here. Berikut adalah 10 soalan lazim yang sering ditanya para peserta program kesayangan kita ini.

Q1 – Adakah program BSK berasaskan produk?

Tidak. 100% tiada penjualan, tajaan atau paksaan pembelian mana-mana produl. Bukan bermakna produk jahat atau dilarang malah dalam eLearning, kami mengajar tentang pelbagai jenis produk supaya anda boleh “memperguna” tapi tidak diperguna. Tapi penting bagi program kami yang berasaskan pendidikan pemakanan dan gaya hidup supaya tidak terpesong fokus kepada promosi mana-mana produk pulak.

Q2 – Saya nervous dan takut tak berjaya. Please help!

It is completely normal to be nervous. Perasaan “nervous” menunjukkan that you really care dan ingin menjayakannya buat diri sendiri. Sahut cabaran diri sendiri dan bersama kami bantu anda untuk manage expectations and melebarkan erti “berjaya” dalam program BSK ini. Remember ia bukan soal kurus atau angka berat badan semata-mata. Infact, you joining the program dengan sendirinya adalah satu kejayaan yang hebat. Chaiyokkan diri!

Q3 – Kalau saya tak boleh bersenam, boleh join? Boleh “kurus”?

Yes boleh sesangat. Ketidakbolehan bersenam bukan penghalang dalam kawalan berat badan. Malah ramai yang menyertai dari pelbagai latar belakang termasuk pre-natal, post-natal, athritis atau pelbagai kecederaan dan walaupun tidak dapat menjayakan kesemua senaman, program BSK penuh dengan pelbagai pengisisan di luar spektrum senaman – talks, pembelajaran, ukhwah, eLearning dll.

Q4 – Apakah diet yang diajar dalam BSK?

Semua diet! Lol. Kami tidak fokus kepada satu-satu diet. Kami juga tidak musuh mana-mana diet. Kami fokus untuk mengajar anda cara melakar pelan pemakanan diri termasuk pelbagai diet-diet popular termasuk IF, Seimbang, Atkins, Keto etc supaya anda diperkasa untuk membina pelan pemakanan anda yang tersendiri.

Q5 – Boleh saya daftar dengan lebih dari 1x jurulatih?

Yes boleh. Dengan kos penyertaan yang amat berpatutan ramai yang berdaftar dengan lebih dari 1x jurulatih untuk bimbingan (WhatsApp) dengan sudut kepakaran yang berbeza. Contoh 1x jurulatih kecergasan dan 1x pakar nutrisi. Cara untuk daftar dengan 1x lagi jurulatih? Anda hanya perlu layari bukansoalkurus.com dan ikuti langkah pendaftaran yang sama.

Q6 – Betul ke bayaran hanya RM99?

Yes betul. Tiada yuran tambahan yang dikenakan sepanjang program 8-minggu. Unless of course anda menyertai acara tambahan seperti Virtual Run (ada medal etc) atau melanggan pembelian buku, T-Shirt dan lain-lain di shop.kevinzahri.com.

Q7 – Wajib saya sertai SEMUA sessi senaman dan beri komitmen 100%?

Tidak. Malah saya tidak galakkan anda sertai SEMUA sessi senaman sepanjang program yang sememangnya padat. Akan ada 100+ sessi senaman LIVE, workout of the day, disco night dan macam-macam lagi. Pace yourself ikut kemampuan diri anda. Dalam kesibukan hidup anda, BSK bukan lah keutaamaan sepanjang program. Jadi sesuaikan keadaan dan kelapangan masa anda untuk menyertai program BSK ini.

Q8 – Kalau saya “termiss” sessi LIVE Zoom, ada recording?

Yes! Setiap sessi ZOOM akan dirakam dan dimuat-naik ke platform eLearning kami (Couse name – BSK Zoom Recordings) untuk rujukan para peserta sepanjang program. Kami juga sedang dalam usaha untuk upload kesemua recording Zoom dari musim BSK1 and BSK2 ke eLearning Course yang sama untuk rujukan para peserta.

Q9 – Saya belum dimasukan ke group WhatsApp dan eLearning?

Sekiranya anda dah daftar tapi belum dimasukkan ke kumpuan WhatsApp bersama jurulatih pilihan atau platform eLearning kami, sila hubungi kami.

Q10 – Di mana boleh saya dapatkan link Zoom dan jadual harian?

Untuk jadual penuh sepanjang BSK, anda boleh rujuk laman web bukansoalkurus.com/events atau add Google Calendar kami. Untuk link Zoom setiap acara, anda boleh rujuk dengan kumpuan WhatsApp masing-masing atau layari BSK Community page kami pada eLearning.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *