9 Tips Menurunkan Berat Badan Tanpa Diet Dan Senaman

Menjelang tahun 2022, pasti anda sedang mencari-cari cara terbaik untuk menurunkan berat badan tanpa perlu mengamalkan diet atau melakukan senaman. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menurunkan berat badan, tanpa perlu mengubah cara hidup dengan ketara. Salah satu cara adalah melakukan senaman ringan secara konsistensi sebagai permulaan proses.

Berikut adalah 9 tips untuk anda memulakan perjalanan menurunkan berat badan tanpa mengubah diet atau senaman.

1.Makan Lebih Protein

Pengambilan protein yang mencukupi adalah sangat penting dalam mengurangkan berat badan. Dengan menggantikan pengambilan karbohidrat dan lemak dengan protein, anda dapat mengurangkan hormon lapar dan meningkatkan hormon kenyang.

Selain itu, pengambilah protein dalam pemakanan anda akan membantu dalam meningkatkan metabolisma badan, meningkatkan pembakaran lemak dalam badan dan dapat mengekalkan atau mengurangkan berat badan anda.

2.Elakkan Memakan Makanan Manis

Jika anda ingin mengurangkan berat badan tanpa perlu mengubah gaya hidup anda, salah satu cara terbaik adalah dengan mengurangkan memakan makanan manis.

Apabila anda mengurangkan gula dalam pemakanan anda, anda dapat melambatkan proses penuaan. Selain itu, pengurangkan kandungan gula dalam makanan, dapat mengelakan anda dari mendapat diabetes.

3.Ambil Makanan Tinggi Serat

Sama sepeti pengambilan protein, pengambilan makanan tinggi serat juga adalah penting. Ini kerana, pengambilan makanan tinggi serat akan menyebabkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Kajian pernah dilakukan mengenai pengambilan makanan tinggi serat boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Setiap 30 gram serat setiap hari dapat membantu anda menurukan berat badan, meningkatkan tindak balas badan terhadap insulin dan ianya lebih baik dari mengamalkan diet yang lebih rumit.

4.Penyediaan Makanan dari Rumah

Kebanyakan waktu, terutama yang sibuk bekerja, lebih gemar membeli makanan di kedai atau memakan makanan segera. Namun begitu, adalah lebih baik untuk menyediakan makanan dari rumah.

Memasak atau menyediakan makanan dari rumah, secara tidak langsung boleh membantu anda untuk megurangkan kalori, penggunaan garam dan gula secara berlebihan di dalam makanan. Ini kerana, jika makanan disediakan di rumah, anda dapat mengawal kandungan atau jumlah garam dan gula yang digunakan serta memastikan makanan anda mengandungi nutrisi yang diperlukan badan.

5.Tetapkan Jadual Tidur

Menetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang konsisten boleh membantu anda mengubah tabiat anda kepada yang lebih sihat. Waktu tidur yang mencukupi boleh mengelakkan badan menjadi letih.

Latih diri anda untuk tidur lebih awal, kerana tidur awal boleh mengelakkan ‘snacking‘ pada lewat malam. Selain itu, tidur yang mencukupi dalam mengelakan kadar metabolisma anda menurun. Kurang waktu tidur juga akan membantukan pengoksidaan lemak, di mana lemak dipecahkan menjadi tenaga.

6.Menukar Bahan Makanan yang lebih Sihat

Kentang mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi, terutama sekali jika disediakan sebagai kentang lecek. Jadi, bahan makanan yang boleh menggantikan kentang adalah seperti ubi keledek dan lobak merah yang mempunyai kandungan nutrisi yang lebih baik.

7.Minum Lebih Banyak Air

Minum lebih banyak air dapat membantu dalam jumlah kalori yang anda bakar setiap hari. Jika air yang diminum adalah 100% kosong kalori, ia akan membantu anda untuk membakar kalori dengan lebih mudah. Jika anda meminum air sebelum makan, ia juga akan menyekat anda untuk makan lebih banyak kerana anda telah kenyang terlebih dahulu dengan meminum air.

Contoh apabila anda menggantikan air bergula dengan air, ia merupakan cara mudah untuk mengurangkan kalori dan mengurangkan pengambilan gula.

8.Makan Mengikut Waktu

Ada sesetengah orang yang mengamalkan diet Intermittent fasting (IF), kerana dilihat sebagai diet yang lebih mudah dan efektif. Diet IF apabila pengamal IF hanya mengambil makanan pada waktu yang spesifik atau dinamakan ‘Eating Window‘. Waktu spesifik ini adalah berbeza bergantung kepada individu. Apabila mengamalkan IF, ada individu yang hanya makan satu hidangan sehari. Perkara ini dibuktikan berkesan untuk menurunkan berat badan, kerana ia mengelakkan dari pengambilan makanan yang berlebihan. Namun begitu antara kekurangan IF adalah, pengamal diet IF mungkin tidak memantau kualiti atau kuantiti makanan.

Ianya adalah lebih baik untuk memberi penekanan terhadap waktu makan. Mengekalkan waktu makan makan yang tetap dapat membantu dalam menurunkan berat badan.

9.Mindset

Ada waktu akan ada perasaan ingin putus asa dan akhirnya cubaan menurunkan berat badan gagal. Untuk mencapai kejayaan dalam menurunkan berat badan, anda harus membuang mindset mudah putus asa dan menjadikan alasan tersebut untuk anda terus gagal. Ingat, ‘gagal sekali, tidak bermakna akan gagal selama-lamanya’

Menurunkan berat badan merupakan proses yang berterusan dan kejayaan menurunkan berat badan tidak akan datang bergolek. Ia mungkin tidak mudah, namun permulaan yang kecil adalah satu permulaan yang baik.

Program Bukan Soal Kurus Musim Musim (BSK) 4 akan bermula pada 15 Januari 2022. Anda masih lagi belum terlambat untuk menyertai program BSK4 yang bakal berlangsung selama 56 hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *