Bukan Soal Kurus Sekolah Musim 2
Sertai musim kedua Bukan Soal Kurus Sekolah yang bakal bermula pada 15hb Jan sehingga 12hb Mac 2022.
Step 1 - Register Sekolah AndaCiri-Ciri BSK Sekolah
- Program virtual atau fizikal 8-Minggu.
- 2x setahun selari dengan program BSK seluruh negara.
- Sasaran adalah komuniti sekolah, termasuk pelajar, PIBG, guru-guru dan pentadbir sekolah.
- Program train of trainer (TOT) percuma untuk wakil sekolah bersama Kevin Zahri.
- Percuma untuk semua pelajar.
- Program BSK Sekolah diberi pengiktirafan kebangsaan oleh KPM di 2021.
Penyertaan BSK Sekolah
Pendaftaran BSK sekolah adalah terus melalui wakil sekolah anda.

Pendaftaran Sekolah
(wakil Sekolah)
FREE
(1x wakil per sekolah)
BSK Sekolah certification TOT program bersama wakil sekolah untuk mengendalikan program 8-minggu BSK di sekolah masing-masing. Terhad 500 sekolah setiap musim.
Daftar sekolah
Students
(program 8-minggu)
FREE
(pelajar sekolah)
Program BSK 8-minggu boleh disertai oleh pelajar dengan percuma tapi penyertaan penjaga bersama amat digalakkan untuk berikan impak yang lebih berkesan.
Hubungi wakil sekolah
Peserta Dewasa
(cikgu, PIBG etc)
RM79
(per adult)
Yuran penyertaan warga sekolah (bukan pelajar) untuk komitmen program 8-minggu dan sokongan buat kempen BSK Sekolah anjuran NGO Bukan Soal Kurus.
BERMULA JAN'22Peranan Wakil Sekolah?
Wakil sekolah adalah Team Leader Sekolah (TLS) dan penghubung antara kempen BSK kebangsaan dan sekolah masing-masing.

WhatsApp Group
Mengendalikan kumpulan WhatsApp buat peserta sekolah masing-masing untuk tujuan komunikasi aktiviti, Q&A dll.

Aktiviti Fizikal (Optional)
Bergantung kepada COVID-19, TLS cuba adakan aktiviti fizikal 1x seminggu buat peserta. Panduan aktiviti akan diberi.

Data Management
Pengumpulan info para peserta untuk tujuan pendaftaran dan penilaian sepanjang program 8-minggu. Berat badan etc.

Pendaftaran Peserta
Mewawarkan & mengendalikan pendaftaran peserta di sekolah anda buat pelajar, cikgu, PIBG dll. Sasaran 1x sekolah: 10x dewasa.

Motivate & Empower
Beri dorongan & motivasi kepada para peserta untuk menjayakan program BSK di sekolah masing-masing.

NGO Fundraising
Mengambil bahagian dalam aktiviti fundraising NGO untuk sama2 memastikan kekekalan kempen BSK Sekolah.
“Kempen BSK Sekolah tidak berobjektif untuk “kuruskan” pelajar yang masih membesar. Ia diwujudkan untuk menerapkan kegembiraan komuniti sekolah dalam amalan gaya hidup sihat dan aktif bersama-sama.”
Kevin Zahri • Father of two amazing kids
BSK Sekolah berbentuk virtual
atau fizikal?
Both. Bergantung kepada keadaan, program BSK Sekolah oleh dijayakan secara fizikal atau virtual.

Siapa yang boleh menyertai BSK Sekolah?
BSK Sekolah boleh disertai oleh semua. Pelajar, cikgu sekolah, ibu bapa, pihak pentadbir, orang awam malah semua ahli komuniti sekolah.
Untuk membimbing generasi mudah ke arah lebih sihat, ia mesti bermula dengan dewasa to show them the way.
BSK Sekolah terbuka kepada semua institusi pendidikan!
Termasuk tadika, sekolah rendah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah pendidikan khas, sekolah menengah, kolej, universiti, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan lain-lain.

Ciri-ciri BSK Sekolah
Berikut adalah ciri program BSK Sekolah 8-minggu

Bukan Soal Kurus
Walaupun ia program intervensi berat badan warga sekolah, ia bukan bertujuan sebagai “Fat Camp” atau kurang berat badan semata-mata. Terutamanya bagi pelajar yang masih membesar.

Untuk Semua
Penyertaan program BSK Sekolah buka kepada semua warga sekolah termasuk pelajar, cikgu, pentadbir sekolah, PIGB, pengurus kantin dan lain-lain. Termasuk semua jenis sekolah, tadika, universiti etc.

Program 8-minggu
Program BSK Sekolah berlangsung selama 8-minggu selari dengan program BSK awam tapi boleh juga diadakan pada bila-bila masa ikut kesesuaikan sekolah masing-masing.

TOT Percuma
Kami sediakan kursus train-of-trainer atau T.O.T percuma wakil sekolah untuk menjadi pengerak program BSK di sekolah masing-masing.

eLearning Virtual
Disamping aktiviti fizikal sekolah melibatkan para peserta, jika keadaan tidak mengizinkan, program BSK sekolah boleh dijayakan 100% secara virtual melalui platform eLearning, Zoom dll.

Sokongan KKM & KPM
Kempen BSK Sekolah ini dijayakan dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia and NGO Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-kanak dan Dewasa yang dipimpin boleh Kevin Zahri.
Contoh Aktiviti BSK Sekolah
Berikut adalah contoh beberapa aktiviti but the sky is the limit.
BSK Sekolah 1,2,3
Step 01
Pastikan wakil sekolah anda berdaftar dengan kami.
Step 02
Selepas pendaftaran, sertai T.O.T.
Step 03
Wawarkan program BSK di sekolah dan
jayakan program 8-minggu bersama kami.

FAQs
Ada soalan lain? Sila hubungi kami pada bila-bila masa.
Apakah perbezaan BSK vs BSK Sekolah?
Semua adalah sama kecuali: BSK umum, kumpulan WhatsApp dipimpin oleh jurulatih fitness, pakar nutrisi, doctors etc manakala BSK Sekolah: WhatsApp dimpin wakil komuniti sekolah seperti Cikgu, PIBG dll.
Bagaimana sekolah saya boleh menyertai BSK sekolah?
Wakil sekolah hanya perlu daftarkan diri untuk borang online di sini.
Adakah BSK sekolah ini percuma?
Yes! Penyertaan juga percuma untuk para pelajar berusia 18 tahun ke bawah adalah percuma untuk menyertai program ini. T.O.T wakil sekolah, biasanya cikgu sekolah, wakil pentadbir terpilih atau PIBG yang memperolehi kebenaran sekolah.
Kenapa ia tidak percuma buat peserta dewasa juga?
Untuk terus menyokong kesinambungan program ini buat sekolah seluruh Malaysia dan komitmen diri, yuran minima dikenakan untuk peserta dewasa BSK Sekolah. Yuran tersebut juga digunakan untuk menjayakan program BSK 8-minggu di sekolah masing-masing.
Boleh sekolah menjemput Kevin Zahri untuk sessi bersama?
Yes boleh. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sokongan Kevin Zahri dan barisan jurulatih seluruh Malaysia untuk menyumbangkan masa bersama sekolah anda.
Adakah program ini disokong Kementerian Pendidikan Malaysia?
Program Bukan Soal Kurus Sekolah telah memperolehi pengiktirafan kebangsaan pada 2021 tapi perlu diperbaharui untuk setiap musim.
Adakah pelajar diberi markah Kokurikulum?
Buat program BSK Sekolah musim 1, pelajar telah terima markah kokurikulum untuk penyertaan BSK1. Untuk musim-musim akan datang, ia tertakhluk kepada keputusan dan kelulusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah program ini sesuai untuk pelajar?
Yes. Ia adalah program untuk seluruh ahli keluarga. Malah hasil kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia, kami kini menjayakan program BSK Sekolah yang percuma untuk pelajar dan boleh disertai warga sekolah.