Hai semua.
Saya Kevin Andrew dari Kota Kinabalu Sabah. Saya merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa yang bergiat aktif dalam sektor kerajaan, swasta, senaman berkumpulan dan juga jurulatih peribadi. “Spidey Coach” merupakan nama timangan saya kerana di samping melatih yang dewasa, saya juga melatih kanak-kanak dengan mengunakan kostum “Spiderman” Dengan latar belakang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan pengalaman 10 tahun dalam bidang ini, saya percaya kita bersama dapat mencapai misi ke arah hidup yang lebih aktif dan sihat walaupun anda berada di rumah.
Apa tunggu lagi, berikan peluang kepada diri anda untuk lebih sihat dan cergas